Monday, July 6, 2009
.:Rindunya:.
ni masa jamuan perpisahan pljr elektrikal.. dari kiri ros, amru, kiman,pok chek, hasyim, su,amrie n arif
Ni lah antara engineer yang ada kat sini, Pok Ku (elektrik), n en Shamsul (meki).. En aku En. Suwandie tak datang..
Aku bersama amru, arif n ziha..
Kenangan sambut besday pok chek, mije n ros kat pantai irama Bachok..
pok chek,mije, ros... semoga panjang umur..
ni antara jejaka Pelajar Praktikal HUSM.
..dengar taklimat surhini.. segalanya kini, hanya tinggal memori.. semoga tuhan bagi kesempatan untuk kita berkumpul lagi..
Wednesday, May 6, 2009
..Syukur Alhamdulillah..
Hmmm esok dah ada yang balik, mat paih, dayah, n ada lagi la.. hmmm semakin sedih la plak kan ghasa.. Bagi kawan2 yg baca blog ina ni, ina nak mnta maaf pada kawan2, andaikata ina ada tersilap n terlanjur bicara..kadang2 ina ni xsedar ina buat silap.. maafkanla ina.. kalu ada kesempatan tu, tegurla.. moga itu dapat baiki kelemahan diri ni..
Buat penyelia aku yang banyak membantu, terima kasih banyak2.. kerana tunjuk ajar dia la buat aku ingin lebih tahu, n bersemangat untuk meneruskan projek ni.. walaupun kadang ada jugak pernah rasa down yang teramat sangat..
Monday, May 4, 2009
.....Debaran Makin Terasa.....
Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Thursday, April 30, 2009
~AkhiRNya~
Ni la reaksi org habis paper.. senyum aje.. tapi gundah gulana di hati belum selesai.. 5 and 6 hb ni ada presentation lagi.. Bile mengenangkan dah xlama nak habis ni, sedih pun ade.. ye la.. lepas ni masing bawa haluan sendiri.. Hmmm nnt mesti aku rindu pada kwn2.. Rindu pada wan n dila.. rndu kat nana, zareda yang banyak ketawa, nik yani dengan telatah spontannya, rindu katnisa n cek wan.. rindu kat semua laaaa...
Bile terkenang n diteliti balik ape yang berlaku.. ada 1 persoalan yang timbul.. Kenapa Allah hadirkan kemesraan dan jalinan ikatan yang makin erat antara kita di akhir-akhir ni.. Kenapa Dia tak hadirkan kemesraan ni 4 or 2 3 tahun yang lalu.. Hmmmmm, knp ea?? Mungkin masa tu xsesuai.. Sesungguhnya Dia yang Mengetahui pe yang terbaik untuk kita.. Hmmmm jadi takperlu la nk rs terkilan ke ape.. Aku rasa dulu aku tak mcm sekarang.. Dulu org takut nk dekat ng aku.. Tapi sekarang alhamdulillah.. kwan2 pn dah boleh bergurau ng aku.. Aku pn xtau nape jd mcm tu.. Hmmm dulu sedih gak la.. tgk kwn2 boleh bergurau ng kawan lain tapi bukan ng aku.. bile aku tya kwn tdkt dorg kt mgkin dorg segan.. Laa nk segan ape.. hmmmm segalanya telah berlalu.. yang hadir kini lebih baik dari semalam..
Perasan atau x, byk la dugaan yg Dia kurniakan, Dia hadirkan sesuatu yang serba kkurng atau ksshan sebelum Dia hadirkan kebahgiaan or kejayaan.. Semua tu nk mgajar kita supaya pandai bersyukur atas ape yang berlaku... Jgn cepat melatah..
Tapi penah la hari tu, Tuhan yang Maha Besar nk uji sikit sgt je.. tp aku ni dah mula xbetul stesen.. airmata ni cepat sgt nk kuar.. kepala dah sakit, semngt dh kurng.. dah la masa Dia uji tu esok ada paper.. Habis hilang mud nk study.. Subhanallah, ujian tu xsmpai pn sejam..pastu Dia dh pulihkan kembali.. MasyaAllah dlm ms xsmpi sejam tu aku down sangat.. ble smua dh kembali pulih, baru la aku nk pk knp Dia jdkan mcm ni?? Ishhh, ina ina.. sptutnya awk pk td.. ni asyk nangis je.. Dia hadirkan ujian ni nk uji kkuatan iman kita, n nk bntu kita tgkatkan ibadah n iman kita pd Dia.. Bukan nk seksa kita.. Astagfirullah al-azim.. sesungguh aku masih jahil di sisimu Ya Allah.. Ampunila segala doaku..
Saturday, April 25, 2009
~~KenAngAN TeRakHir BersaMa TF~~
Malam ni ada malam anugerah pelajar, macam anugerah yang dipertandingkan.. Alhamdulillah tahun ni, tun Fatimah menang 2, tahun lepas 3.. xpe la.. pe pun tahniah buat kawan2 yg byk ssh payah mnjyakan program tu.. Tahun ni kami menang anugerah sukan terbaik dan anugerah kepimpinn terbaik.. Tapi syang aku mengharapkan tf menang anugerah kolej kediaman terbaik tapi..hmm xde rezeki..
Ni pemenang mahasiwa gemilang 2008..2 2 budak awam
Haaa, xlupa tahniah buat Leong n wan hayati menag anugerah mahasiswa gemilang.. N xlupa buat abg don, abg zai and tyzar.. menang kelab terbaik n anugerah lain.. anyway.. walaupn aku xmenang hdiah pe2 utk persndrian, tapi aku bersyukur la dapat masuk percalonan pn jd la.. hehe wan, tiket g langkawi tu kongsi2 la..
Ni antara gambar2 yang sempat dirakam:
ni felo kesayangan aku..Pn ziana.. nm manja pn Z.
adalagi..
eheh.. geng tf baru ada laki?? hehe..
ni geng2 lepak.. hmmm kengan kita bakal berakhir..
tahniah kawan2..amboi2 syoknya possing..
satu lagi.. merah sama2 merah
wif abg don..yg suka senyum..Bbb.. don't worry no skendal nehi'.. hehe
Thursday, April 23, 2009
Pelakon Terbaik..
Kita selalu puji pelakon drama, dia berlakon best.. menjadiii watak dia. Kalu yang jadi jahat tu real je jahatnya.. cuba kita tengok arwah izi yahya.. selalu berlakon jahat.. ko berlakon la jadi baik pun aku ttp xsuka.. alahai kalu berlakon jadi wanita solehah macam aisyah ayat-ayat cinta or muslimin sejati macam asraf muslim dalam yusuf tu.. hmmm tergoda kita. Sebab apa pengaruh cerita..
Kalu menang anugerah drama or filem terbaik, mesti kita tau sape pengarah dia, pelakon dia, penulis skrip dia.. Pastu tengok la, lepas menang anugerah tu seminggu xhabis lagi citer tu. Pastu siap masuk berita, masuk melodi.. hmmm kenapa tu?? Ala kan menang anugerah..
Kawan-kawan,
Bagi aku, pelakon terbaik, cerita terbaik n skrip yang terbaik adalah kisah kita.. Perasan x kawan2, sebenarnya kita ni pelakon, semua yang ada atas muka bumi ni semua nya pelakon. Sape pengarah n penulis skrip untuk cerita kita.. Tu haaa Yang Maha Mengetahui n Yang Kuasa Tu.. Cerita kita bermula dari kita dalam perut mak kite, masa tuhan tanya kite, sanggupkah kita hidup n pegang amanah dia??? Kita kate yea je… lalu bermula cerita kita..
Orang dalam tv 2 nak berlakon sedih bukan main susah tau nak kuarkan air mata, tapi cuba kita perhatikan, bile tiba2 babak seedy je (skrip cerita kita la) mesti menangis ng sendirinya kan n sendirinya kita rasa sebak.. Itu la hebatnya kita.. kita berlakon pn xde org suruh n xde org marah.. pejam celik pejam celik kita sendiri pun xtau dah dah berapa episode kita berlakon.
Tapi kan, kadang2 ade jgk tpikir, kenapa jalan certa org tu best je, cerita aku asyik cerita sedih je.. kena marah ngn abh selalu, gaduh ngan adik2, putus cinta, orang xsuka… hmmm mcm xadil je.. Bila terkenang kisah lalu, mula la nak menitiskan air mata.. dulu asyik kena herdik je ng sekeliling, ape yang aku buat serba xkena, nak bergurau salah nak berkawan salah.. Mak bapak ko xajr ke?? Tu la yang aku Terima.. Paling best kutukan yg aku dapat, haa tgk la ank ropi tu, tak lama lgi bunting la tu… hmmm sampai mcm tu sekali.. hina sangat ke aku ni?? aku bukan g minta nasi umah dia g minta duit ke.. mak bapak aku hidup lagi.. kenapa yang dia benci sgt ng aku..
Aku xpenah buat dia sakit hati, aku tak penah ggu hidup org.. Hbs cmne boleh sampai fitnah mcm tu skli… ni sebab kawan, aku ada kawan2 yg liar skit la.. tiba2 dpt baby tp xkhwn.. bila bnda tu tjd pn aku xtau bile.. ng sape pn aku xtau.. yang aku tau baby dh kuar.. baby dia kuar aku pulak dipandang serong.. Haloo makcik, tolong la, jgn sangka aku baik ng dia sampai benda yang berlaku pada dia boleh berlaku pada aku.. Berkawan hanya sekadar kawan.. kot la dia bg murah aku nak bagi murah… Nakkk boleh..minta lessen sah dulu..
Haaa… ni serba sedikit skrip perjalanan hidup aku… Sekarang aku bersyukur pada MU ya ALLAH, kerna kau mnjadi kan susah dahulu sebelum senang.. kerna itu sebenarnya tarbiah dariMu untuk mengajar aku utk lebih kuat dan sentiasa bersyukur ape yang tuhan bagi.. Ni pesanan kakak kesayangan aku, Kak Qema, kalu nak jadi org yang beriman kita kena sentiasa berubah n betul kan apa yang salah, n jangan takut pada dugaan tuhan.. Sesungguhnnya tidak lah engkau dikatakan seorg yang beriman jika kau belum diuji… Oleh sape…?? Allah swt.. (nk tau cmne amalina boleh berubah kita tunggu nnt) … ngantuk la
Friday, February 27, 2009
Hmmmm selesema batuk....
Masa tak sihat ni paling tak suka, hati ni nak nangis je, sebak tak tentu pasal, moody...
Saturday, February 21, 2009
GooD ByE Mr BaSiL...
For mr BAsil...thanks 4 all.. panjang umur jumpa lg..
Saturday, February 7, 2009
LoVe In CaMpUs
Cinta itu milik ALLAH sepenuhnya.. Dia yang hadirkan cinta kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Cinta ini adalah mulia jika dengan ikatan suci pernikahan.. Kalu bercinta sebelum kahwin??? Hmmmm bahayala kawan2.. maksiat n godaan syaitan tu dekat je ngan kita.. pastu mula la kita nak menghampiri zina.. hmmm tapi dah ada 'kawan' cmne??? Cepat2la kahwin.. kalu tak mampu.. jauhkan sikit dari berhubung.. nak jumpa mesti ada org ke3 (mahram)..hmmm cakap senang kan.. nak buat?? n jangan lupa berdoa pada TUHAN, moga dimurahkan rezeki n dipermudahkan urusan ke arah yang diredhainya.
CINTA itu mesti pada ALLAH dan kerana ALLAH..
Kahwin kerana cinta.. bukan kerana ALLAH = berdosa..
satu lagi benda yang menarik aku nak kongsi.. niat nak bercinta boleh.. tapi sebelum tu mesti ada perancangan ke arah perkahwinan.. jgn nak main-main.. xbaik.. cinta main-main ni akan beri banyak keburukan.. Oleh itu, bersihkan hati, betulkan niat..knp nk bcinta?? hehehe psn kat org diri sndr pn tggang tbalik..
Lelaki yang bertanggungjawab atas segala perbuatannya, adalah lelaki yang mulia... dan skrg ssh nk cr laki mcm tu..klu kawan2 tglg dlm golongan ni, korg adalah glgn yang tpilih.. hhmmm banyak lagi nak kongsi.. tp fail progam ats TR26 la plak..
Monday, January 19, 2009
Buat Insan yang aku sayangi...
Sayang…
Aku impikan kau adalah insan yang halal bagi ku
Yang boleh pinjamkan aku bahu mu
Untuk aku menangis di kala aku sedih
Yang boleh menyapu air mataku
Di kala air mata ku mengalir
Sayang…
Aku impikan kau yang melafazkan akad
Ketika di majlis perkahwinan ku
Dan aku menangis keharuan kerna pengorbananmu
Menjadikan aku sebahagian dari hidup mu
Sayang…
Kau berjaya mencuri hatiku kerna budi pekertimu
Kerna didikan agama mu
Bukan kerna rupamu
Sayang…
Aku impikan kau jadi iman dalam keluarga ku
Membimbing aku dan keluarga aku
Ke jalan yang di redhainya
Sayang…
Impian ku biarlah jadi yang terbaik di hatimu
Aku bukan bidadari yang indah rupanya
Yang cantik bentuk badannya
Aku adalah insan yang serba kekurangan
Yang masih dahagakan ilmu
Untuk menghiasi diriku supaya kau senang ketika bersama ku
Sayang…
Aku amat sayang akan hubungan kita yang telah lama terjalin
Aku impikan biarlah sempat kejinjang pelamin…
Tapi…
Aku hanya mampu merancang dan mengimpikan
Tuhan Yang Maha Kuasa yang menentukan
Apa yang terbaik untuk kita
Andai semua itu mustahil…
Doaku moga kau dikurniakan insan yang lebih baik dari aku…
Thursday, January 15, 2009
Teman-teman Ina yang Ina kAsiHi
Buat kawan2 yang belum b'punya.. jgn sedih dah pilu.. ada seseorg yang istimewa menunggu mu.. tapi kita xtau bile kita akn jmpa dia.. Ina ada kata2 yng mnrik utk kwn2 semua.. terutama buat Z, Abg Zai, Tyzar, .. Ni kata2 khas buat anda..
———-JODOH SESAAT———-
Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!
Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat
Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu
Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!
Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?
Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang , pasti takkan berganjak walau sesaat!
Ina doakan mg kwn2 dapat yang terbaik.. Moga Kebahgian yang berpanjangan adalah milik kita..
~Wanita Solehah~
Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”
Tuesday, January 13, 2009
Hayati dan cuba buat
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." ( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik:
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)
~iNi LaH CiNtA.... kEtAwA & AiR mAtA~
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...