Monday, January 19, 2009

Buat Insan yang aku sayangi...



Sayang…
Aku impikan kau adalah insan yang halal bagi ku
Yang boleh pinjamkan aku bahu mu
Untuk aku menangis di kala aku sedih
Yang boleh menyapu air mataku
Di kala air mata ku mengalir

Sayang…
Aku impikan kau yang melafazkan akad
Ketika di majlis perkahwinan ku
Dan aku menangis keharuan kerna pengorbananmu
Menjadikan aku sebahagian dari hidup mu

Sayang…
Kau berjaya mencuri hatiku kerna budi pekertimu
Kerna didikan agama mu
Bukan kerna rupamu

Sayang…
Aku impikan kau jadi iman dalam keluarga ku
Membimbing aku dan keluarga aku
Ke jalan yang di redhainya

Sayang…
Impian ku biarlah jadi yang terbaik di hatimu
Aku bukan bidadari yang indah rupanya
Yang cantik bentuk badannya
Aku adalah insan yang serba kekurangan
Yang masih dahagakan ilmu
Untuk menghiasi diriku supaya kau senang ketika bersama ku

Sayang…
Aku amat sayang akan hubungan kita yang telah lama terjalin
Aku impikan biarlah sempat kejinjang pelamin…
Tapi…
Aku hanya mampu merancang dan mengimpikan
Tuhan Yang Maha Kuasa yang menentukan
Apa yang terbaik untuk kita
Andai semua itu mustahil…
Doaku moga kau dikurniakan insan yang lebih baik dari aku…

2 comments:

hambaallah said...

Semoga ina berbahagia di samping orang yang tercinta ye..Hidup dengan seorang pegawai tentera ni banyak cabarannya..tapi yang paling penting ina kene saling faham memahami dan terima seadanya orang tuh..baru lah hidup kita akan lebih bahagia dan kecapi nikmat kebahagian..untuk ina..petua untuk kekal lama dalam perhubungan adalah kejujuran,keihklasan dan kepercayaan...jd ,semoga ina akan lebih berbahagia hingga ke akhir hayat ina nanti ye...


khas untuk ina:::
DaLam KehIdUpAn KiTe, TuHan Bagi 1 Saje PelUang UnTuk KiTe BeRjUmpA DgN Org Yang BetUl MeNyayAngI DiRi KiTa…

KaLo KitA LekA, KiTa AkAn KehIlangaNGan BuAt SeLaMa-Lama Nya.

TaPi KiTe Tak PerNah TaHu SiApa OrANgNye,

KaLo KiTe SenDirI TaK PerNah SeDar Dan tak Pernah mEnCuBa UnTuK MeniLai KeHadIrAnnYa,

MuNgKin SeTeLaH SEgAlAnyA BeRlAlu DaN KiTa KeHilANgAn, Masa Tu BARuLaH KiTa SeDar KeHadIrAnnYa CuKuP BerMakNA,

TaPi MunGkiN KiTa TaK BeRpEluAng LAGI UnTuk MeMiLiki DiRiNyA PadA SAAT ItU…

JAdI FaHaMIlAh HaTi SeSeOrAng ItU DeNgan SeDalAM DaLamNyA. CuRahKan RaSa KaSih SaYang PAdAnyA SeIKhLas HatI…

hambaallah said...

""Sayang…
Aku impikan kau jadi iman dalam keluarga ku
Membimbing aku dan keluarga aku
Ke jalan yang di redhainya
""

iman ke..atau imam...hik hik