Friday, February 27, 2009

Hmmmm selesema batuk....

Dh 2 hari batuk.. makin teruk rsnya.. Lidah ni plak nak makan macam2, laksam la, nasi kerabu, kresek jantung pisang, kerabu pucuk paku, kari udang galah, ikan kembung n air asam... hmmm byk lagi.. xsabar nak balik kg.. nak makan mcm2.. tapi nnt nak mkn kena masak sendiri.. hmmmm.. haii, bila blik je, adik2 plak nak makan pe yang aku tak mau makan... hmmm pe pn aku kn lyn dorg.. xpela skali skala.. tapi kan nak makan kresek jantung pisang msk ng aym kampung sampai hr ni xdpt mkn lg..
Masa tak sihat ni paling tak suka, hati ni nak nangis je, sebak tak tentu pasal, moody...

Saturday, February 21, 2009

GooD ByE Mr BaSiL...

Semalam hari terakhir PA aku di UTHM.. 25hb Feb ni dia berangkat ke New Zealand.. Nasib baik aku sempat jumpa dia.. Yela PA nak berangkat pn tak tanya khabar.. hmm bagus sgguh.. Pe pn En Basil.. Selamat jalan n selamat pergi n selamat kembali.. Alhamdullilah, semalam Allah bagi kesempatan pada aku dan kawan2 makan bersam En BAsil kat KFC.. Tapi aku nak mnt maaf sangat.. perjumpaan semalam aku n nik aturkan.. jadi kami cr ank PA on the dot.. So, u know i terlupa sape adik beradik i (Ank PA mr basil).. Pe yang aku tau, yani jali n azman tercicir.. maaf kawan, ina lupa.. maklumla mula2 je kumpul ank2 PA.. yang paling lawak aku tak tau zareda n nana pun bekas ank mr basil..

For mr BAsil...thanks 4 all.. panjang umur jumpa lg..

Saturday, February 7, 2009

LoVe In CaMpUs

Alhamdulillah Tuhan bg kekuatan pada aku untuk mengikut kuliah agama hr ni.. Dah lama sgt dah tak ikut kuliah agm ni.. Hati pn skrg dh kotor. Ceramah hari bncang ttg cinta di klngn mahasiswa. Best sangat.. Yang mana bsggh nk ambk kursus khwn tu sptutnya kn datang.. Yang bersama aku, Cek Wan, Z, nana, nik,shida n imah. Yang laki Otai n Anuar je yang datang.. Antara hasil yang aku dapat:

Cinta itu milik ALLAH sepenuhnya.. Dia yang hadirkan cinta kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Cinta ini adalah mulia jika dengan ikatan suci pernikahan.. Kalu bercinta sebelum kahwin??? Hmmmm bahayala kawan2.. maksiat n godaan syaitan tu dekat je ngan kita.. pastu mula la kita nak menghampiri zina.. hmmm tapi dah ada 'kawan' cmne??? Cepat2la kahwin.. kalu tak mampu.. jauhkan sikit dari berhubung.. nak jumpa mesti ada org ke3 (mahram)..hmmm cakap senang kan.. nak buat?? n jangan lupa berdoa pada TUHAN, moga dimurahkan rezeki n dipermudahkan urusan ke arah yang diredhainya.

CINTA itu mesti pada ALLAH dan kerana ALLAH..
Kahwin kerana cinta.. bukan kerana ALLAH = berdosa..

satu lagi benda yang menarik aku nak kongsi.. niat nak bercinta boleh.. tapi sebelum tu mesti ada perancangan ke arah perkahwinan.. jgn nak main-main.. xbaik.. cinta main-main ni akan beri banyak keburukan.. Oleh itu, bersihkan hati, betulkan niat..knp nk bcinta?? hehehe psn kat org diri sndr pn tggang tbalik..

Lelaki yang bertanggungjawab atas segala perbuatannya, adalah lelaki yang mulia... dan skrg ssh nk cr laki mcm tu..klu kawan2 tglg dlm golongan ni, korg adalah glgn yang tpilih.. hhmmm banyak lagi nak kongsi.. tp fail progam ats TR26 la plak..

Monday, January 19, 2009

Buat Insan yang aku sayangi...



Sayang…
Aku impikan kau adalah insan yang halal bagi ku
Yang boleh pinjamkan aku bahu mu
Untuk aku menangis di kala aku sedih
Yang boleh menyapu air mataku
Di kala air mata ku mengalir

Sayang…
Aku impikan kau yang melafazkan akad
Ketika di majlis perkahwinan ku
Dan aku menangis keharuan kerna pengorbananmu
Menjadikan aku sebahagian dari hidup mu

Sayang…
Kau berjaya mencuri hatiku kerna budi pekertimu
Kerna didikan agama mu
Bukan kerna rupamu

Sayang…
Aku impikan kau jadi iman dalam keluarga ku
Membimbing aku dan keluarga aku
Ke jalan yang di redhainya

Sayang…
Impian ku biarlah jadi yang terbaik di hatimu
Aku bukan bidadari yang indah rupanya
Yang cantik bentuk badannya
Aku adalah insan yang serba kekurangan
Yang masih dahagakan ilmu
Untuk menghiasi diriku supaya kau senang ketika bersama ku

Sayang…
Aku amat sayang akan hubungan kita yang telah lama terjalin
Aku impikan biarlah sempat kejinjang pelamin…
Tapi…
Aku hanya mampu merancang dan mengimpikan
Tuhan Yang Maha Kuasa yang menentukan
Apa yang terbaik untuk kita
Andai semua itu mustahil…
Doaku moga kau dikurniakan insan yang lebih baik dari aku…

Thursday, January 15, 2009

Teman-teman Ina yang Ina kAsiHi


Buat kawan2 yang belum b'punya.. jgn sedih dah pilu.. ada seseorg yang istimewa menunggu mu.. tapi kita xtau bile kita akn jmpa dia.. Ina ada kata2 yng mnrik utk kwn2 semua.. terutama buat Z, Abg Zai, Tyzar, .. Ni kata2 khas buat anda..

———-JODOH SESAAT———-

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu

Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang , pasti takkan berganjak walau sesaat!

Ina doakan mg kwn2 dapat yang terbaik.. Moga Kebahgian yang berpanjangan adalah milik kita..

~Wanita Solehah~

Hmmm angan-angan nak jd wnt solehh.. tapi msh byk pkara yg blm dipelajari.. msh sempatkah???

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.




Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Tuesday, January 13, 2009

Hayati dan cuba buat

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." ( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik:
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)