Sunday, July 11, 2010

Alahai Sebaknya...

11 hb Julai adalah hari yang memboringkan dan terasa sungguh sunyi.. Smua orang kat uamh ni bz.. Nak menjahit tak mood.. Lepas isyak tu aku bawa diri ke wakaf che yeh.. niat di hati nak makan mcD.. sambil2 nak hilang boring.. Depan umah aku ada buat majlis makan2 sambil sambut malam penutup bola, ada bakar ayam…makan2 satay n macam lagi tapi semua tu x menarik minat aku..

Sepanjang perjalan ke wakaf che yeh, aku dengar sinar kebetulan plak ada siaran ulangan carta fulamak sms.. haha suka sangat sebab teringin sangat nak dengar lagu kenangan semasa aku n nik kerja sama2 dulu.. malam ni baru tau tajuk lagu dia.. ‘hangatnya cinta nyanyian lyana’… berbunga2 hati aku mengimbau kembali kenangan manis bersama ngan nik yani… hingga aku terlupa seketika kesunyian tadi n sebak di hati ni…

Tiba-tiba tanpa di duga terdengar lirik ni “Kembalilah kasih kepada diriku,Hidupku sepi tanpa kehadiranmu Dengar rayuanku jeritan batinku Masih dahagakan kemesraanmu Hanya kau yang ku cinta tiada kedua Usah biar ku menderita”.. Tidak aku duga air jernih meleleh di pipi aku tanpa di duga… Lagu ni mengimbau kembali pada kesilapan aku suatu ketika dulu…sehingga kan mengundang kepada perpisahan… Aku tak salah kan dia kalo dia meninggalkan aku… aku tau semua yang berlaku berpunca dari aku sendiri…

Tapi ini lah kejadian tuhan… perpisahan ini mengajar aku dan dia untuk bersyukur apa yang ade di depan mata, jangan mencari kesempurnaan orang lain kalo diri sendiri tidak sempurna… akhirnya… berkat kesabaran dan aku bepegang teguh pada kata-kata semangat yang membangkitkan aku berdiri setelah aku dah rasa lumpuh…

“andaikata dia milik aku…kau kembalikan lah dia pada aku, dan anadaikata dia bukan yang terbaik untuk aku dan bukan milik aku maka kau jauhkan lah dia dari aku…. Aku redha akan ketentuanMu… Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu”




Aku percaya perpisahan seketika yang Dia kehendakkan adalah untuk lebih mendekatkan kami… Kini dia telah menjadi tunang aku, dan insyAllah bakal menjadi suami aku… Sesungguhnya apa yang berlaku antara kami… adalah atas kehendak Illahi dan aku tau apa yang berlaku ini tentu ada hikmat di sebaliknya…

No comments: